Tuesday 7 June 2011

Mutiara tabah segemerlapan cahaya IMAN


Bismillahirahmannirah...
mahu kah kalian kenal dgn idolaku yang terhebat. Sungguhpun tidak pernahku bersua,namun syairnya,peribadinya utuh sepanjang zaman untuk umat akhir zaman.  Lantas, setelah kubelek satu sahaja tajuk mengenainya.  Aku menjadi malu,aku sedar yang perlu jadikan dia tauladanku,dia contoh buatku, dia yang sentiasa memnolongku...tertanya-tanya tak siapakah gerangan cowok yang terbaik ini.

Gengam tabah untuk mumtaz. Itu pembakar semangatku. Ingin jadi pediatrik muslimah itu harapanku.ingin mengapai syurga Firdausi itulah tempat selamanya yang ingin ku tinggal. Bagaimana? Taat akan perintah allah dan rasulnya.itu moto yang sedang membuatku perlu untuk mumtaz pada tahun ni. Seterusnya pada masa yang akan datang.  Saat aku berlumba-lumba untuk mencari redha pastinya aku diduga.  Acapkali usai solat aku mohon kekuatan dan sabar dan ujian yang diberiNYA...walaupun begitu,aku manusia tidak sehebat beliau yang ingin ku khabarkan.bukan ini khabar yang indah dari rupa..  sesungguhnya junjungan kita ini, sentiasa dalam pemeliharaanNYA.
Jauh disudut hati ini, aku dijentik dengan ketabahan yang dipamerkan.  Itulah ikutan kita kawan-kawan. Islam sentiasa sumur untuk hati hamba yang sentiasa mencuba dan mencariNYA.  Kadangkala, kita kalah dan jatuh. Itu lah lumrah buat semua.  Nabi kita juga mengalami masa dan waktu begitu seusia dengan zamannya. Tapi kita??? Persoalan itu bukan berita basi untuk digodam, sedangkan kita perlu muhasabah dan nilai diri kita sentiasa.  Niat kita yang perlu sentiasa diperbaharui.  Itu juga buat ku sedar dan sedar.  Entah-entah orang menulis ini tidak buat begitu,aku juga sering begitu.
Saya juga seperti anda.sepeti kawan-kawan..langkah itu,itu siapa sedar melainkan diri sendiri mengiranya kembali malah muhasabah diri ini.  Allah Maha Melihat dan lg Maha Mengetahui.  Usaha kita tidak dipandang dengan hanya sebelah mata,tapi kurniaan rahmat dan ihsannya menunggu bagi yang mengharap.  Itu lah yang kuluahkan pada hati yang sememangnya rapuh.  Dan sesungguhnya kita tahu siapa yang menjaga kita yang menjaga hati kita yang menjaga aib kita.  Segannya untuk kita tontonkan pada orang lain,  itulah sikap kita.
Kisah rasullah yang telah aku baca memberi suntikan yang dalam kepadaku ketika ini.  Manakah tidaknya,sedang aku diuji dengan ketabahn,aku juga jatuh namun aku tetap akan bangun. Itu lah lumrah yang allah sudah ciptakan dalam diri kita.  Tapi sejauh mana kita ambil iktibar sejauh mana kita kan sedar.  Itu dari diri kita....aku juga begitu.  Sesungguhnya kisah yang saya ingin khabar adalah kisah yang memberi semangat dalam keberkatan bagi yang sedang berlayar keinsafan pada jalan yang lurus.  Insyaallah-insyallah, semua yang membaca ini pasti akan begitu....
                Aku hanya diuji setahun tentang tentang ketabahan sedangkan idola kita ini, selama 9 tahun sehingga islam itu benar-benar sempurna.  Umat islam ketika itu gembira jika dibandingkan dengan sahabat baik beliau, Saidina Abu Bakar.  Kisah saat beliau menyebarkan dakwah ke Taif sememangnya banyak iktibar yang kita perlu ikuti.  Aku kagum dengan kecekalan dan dan hemah nabi ketika ingin berdakwah kepada 3 orang pembesar dari Bani Thaqif,sehingga digambarkan seperti gunung hemah dan kecekalan beliau.  Wah, sangar menarikkan???. Kita bagaimana?sekali je mencuba dan bila tidak berjaya kita akan mengalah. Begitukah caranya?.  Justeru kita perlu usaha sepertimana yang baginda telah lakukan.
                Baginda terus diuji lagi saat pulang kehampaan apabila pembesar-pembesar itu tidak mahu menerima islam. Ujian yang menumpahkan darah baginda sehingga bertakung dalam kasut.  Saat pulang baginda dibaling dan lempar dengan batu.
 Itu sangat menyedihkan. Namun baginda tidak membalasnya dengan perasaan marah mahupun cacian malah sebaliknya dari penduduk thaif.  Kalau kita sudah tentu akan terkeluar ayat untuk membalasnyakan? Cis? Bedebah?..menyedihkan bila kata-kata ini keluar dari bibir yang sepatutnya dihiasi dengan zikir padanya.  Astagfirullah al-hazim.  Manakah hilangnya ayat-ayat yang member ketenangan hati dan jiwa dalam diri kita.  Moga kita berfikir panjang sebelum meluahkan kata-kata itu.
                Jadi apakah tindakan yang kita bakal ambil sekiranya begitu? Cuba lihat semula pada cerita ini.  Baginda hanya mendoakan pendudukthaif dengan harapan yang sangat tinggi. Baginda mendoakan;   “Ya Allah,  kepadaMUaku mengadu kelemahanku, kekurangan dayaupayaku, dan kehinaan pada pandangan mata manusia.  Ya! Arhamarrahimmin! Engkaulah tuhan orang yang ditindas.  Engkaulah tuhanku. Kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku ini, kepada orang asing yang akan meyerangku atau kepada musuh yang menguasaiku?sekiranya Engkau tidak murka kepadaku aku tidak peduli.  Namun, affiatMU sudah cukup buatku. Aku berlindung dengan nur wajahMU yang menerangi segala kegelapan dan teratur  nur itu urusan dunia dan akhirat, daripada Engkau menurunkan kemarahanMU kepadaku atau Engakau murka kepadaku. KepadaMU tetap aku merayu sehingga Engkau reda.  Tiada sebarang daya (untuk melakukan kebaikan) dan tiada upaya(untuk meninggalkan kejahatan) kecuali dengan petunjukMU...
                Itu doa nabi.  Kita pula saat menerima keadaan seperti itu.  Lamanya berfikir lamanya hadam salah silap diri ini.   Sungguhpun allah menyampaikan melalui malaikat jibril dan malaikat yang menjaga gunung untuk membantu nabi membalas tindakan yang telah kaum itu lakukan.  Namun apa yang lebih menyayatkan hati kita?  Rasul kita tetap mendoakan malah mengharapkan sesuatu. Harapan baginda sambil berkata pada Jibril  “aku tetap menaruh harapan pada ALLAH bahawa walaupun mereka ini tidak memeluk islam, pastinya akan lahir orang yang akan menyembah Allah dan beribadah padaNYA dikalangan anak-anak mereka”. Sampai begitu sekali hebatnya harapan yang disandarkan oleh nabi kepada yang Allah sayang padanya.  Kita adakah begitu? Tepuk dada tanya Iman.  MasyaALLAH betapa mulianya nab kita.

                Maka dengan itu, bagaimana kita dengan cara kita terhadap dugaan dan ujian daripada ALLAH kepada kita.  Mudahnya mengeluh. Mudahnya dan ceteknya kita berfikir nilai yang sepatutnya perlu kita ambil iktibar atas ujian yang diberi kepada kita.  Ujian ini untuk siapa lagi kalau tidak kalau hanya untuk mendekatkan kita padaNYA.  Kalau tiidak kalau untuk meningkatkan iman kita yang diklasifikasikan sebagai iman orang biasa, iman yang akan turun dan naik.  Ya allah, moga entryku kali ini adalah satu lonjakan pada diriku serta pada yang membacanya.  Tabah itu sukar namun kemanisan itu adalah untuk iman.  Wallahuaallam bisawab. Alhamdullillah walillhirajiun.

1 comment:

  1. Wahhhhhhhh.. ayat yang sungguh puitis... huhuhu.. semoga blog ini memberi pembacanya semangat yang tidak putus.. :)

    ReplyDelete